Sunday 28 October 2012

Apakah hukum menyusukan bayi lebih dua tahun???

Nawfal masih menyusu????

Nawfal dah 2 tahun 4 bulan.. Masih lagi menyusu.. Susah nak leraikan... Dah letak asam jawa...bila letak,baru tak nak but kadang-kadang dia selamba menyusu gak...Ada gak metal pati sirap... Kononnya darah n I sakit... Haha tapi Sekejap je... Then datang n nak susu gak... Tak sampai hati tengok dia nagis2... N paling teruk buat dia tak tidur sampai pagi... Susu formula??? Ikut mood dia....tapi memang jarang nak susu formula... so, i memang ada niat nak leraikan... x larat coz selalu kena gigit... Buat OF COZ tak sampai hati, kalau tengok dia nagis........masa Insyirah....sekali je letak asam jawa,terus tak nak....

muka penat... hehe

So I tercari2 la dlm internet macamana nak buat kalau anak 2thn tp masih menyusu…bak kata sesetgh org anak tu x bijak la klu menyusu lebih dr 2thn, susu bertukr menjadi darah, anak degillah dan sebagainyer…. Hhhmmmm ..org melayu mmg bnyk pantang larang kan????

Tp kalau ikut rasional dan secara saintifiknyer xde lg bukti2 yg menunjukkan kalau anak kita menyusu lebih 2 thn benda2 tu akan jadi…mungkin ada sebab org2 tertentu tu saja mengadakannyer…sbg cth mungkin anak yg menyusu lebih dr 2 thn tu dikatakan x bijak bukan disebabkn susu tu tp mungkin disebabkan walaupn dah besar asyik berkepit je ngn mak dia (almaklumlah kalau anak menyusu ni biasanyer manja ngn maknyer..hehehe)..tp itu x bermaksud mereka x bijak…kalau ikut kajian susu ibu adalah susu yg terbaik…x mungkin la susu tu leh bertukar jadi darah pulak….mungkin maksud diorg susu tu dah x diperlukan oleh budak yg dah berumur 2 thn sebab diorg dah bule makan benda2 lain dan susu ibu dah x ckp utk menampung keperluan mereka…tp xde la susu tu tkr jd darah bila anak kita minum…x kan la anak kita hisap darah pulak….hehehe


beli deep freezer

antara stok susu  Nawfal


Soalan:
Oleh: Karina:
Salam Ustaz, tempoh penyusuan ibu menurut islam adalah 2 thn utk anaknya jika dia mampu; Soalan saya: Apakah hukumnya jika ibu menyusukan anaknya lebih dari 2 thn? terima kasih ustaz

Jawapan:
Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.

sumber dari: http://bin-sahak.blogspot.com/2009/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html)

Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun? Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

(sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm)

so jgn la ibu2 yg masih menyusukan anak mereka yg > 2thn rasa risau… Actually, susu I masih dikira banyak coz baru-baru ni I bengkak susu... Tak sangka dah 2 tahun lebih masih bengkak... Apakah kerana pemakaian premium beautiful???? Memang Ada feedback Dari penguna PB yang lain,susu mereka makin bertambah... Pada I memang betul.... I sendiri yang alaminya....Kalau I tak pakai long bra, sure i will wear short bra.... I feel in love with short bra... memang selesa... dan banyak kebaikkannya...

 


Kesimpulannya... sudah terjawab apakah hukum menyusukan anak 2 tahun.... dan secara tak langsung... cara menambahkan susu... So, kalo anda berminat nak dapatkan short bra or set premium beautiful, leh contact I...

Azlin Safena 016-7982879 or azlin.azihar@gmail.com

4 comments: