Friday 3 May 2013

SURAH AL-INSYIRAH


Kesusahan itu akan ada kesenangan…




Ini bertepatan dengan ayat Quran dalam surah al-Insyirah, di mana Tuhan menyebut, “ Sesungguhnya bagi setiap kesusahan itu akan ada kesenangan.

 

Memang kena dengan perjalan hidup Alin masa Alin nak dapatkan Insyirah. 2 tahun lebih, Alin masih tak pregnant. Macam-macam usaha Alin lakukan,  antaranya ;

Beli majalah PAMA setiap bulan, coz banyak info!!
Google segala petua dan tips
Berurut
Makan ubat homoepati
Makan segala makanan yang boleh ke arah pregnant macam anggur, tauge, madu, kurma dan…
Treatment kat hospital pakar - pil subur lah, suntikan  dan macam-macam lagi 
*Boleh cuba premium beautiful corset and also Ubat Beijing Te Zhi Bai Feng Wan

Alhamdulilah akhirnya Alin pregnant BUT kandungan hanya membesar sampai 3 bulan, then Alin terpaksa CUCI or DNC untuk buang janin itu. Malam sebelum nak DNC alin rasa sakit sesangat, rupanya memang janin tu nak keluar!!Ya allah Alin sendiri tengok rupa janin tu.. Sedih plus Sakitnya…So pukul 3 pagi Alin terus ke Emergency Hospital Pakar Johor. Kebetulan memang masa tu, Alin balik kampung.

Lepas 6 bulan keguguran, Alhamdulilah Alin pregnant. Masa itu, kandungan dah 2 bulan. Huhu.. Punyalah tak nak check, coz tak nak mengharap dan tak nak FRUST..

Masa nak pilih nama, Alin memang suka sangat nama INSYIRAH. Bila kaji nama tersebut, dalam hati kecil Alin, sama dengan perjalanan Alin nak dapatkan baby. Alin tempuh dan pelbagai usaha yang Alin lakukan nak dapat cahaya mata. Alhamdulilah  Allah SWT mengkabulkan doa Alin .





























Bila pikir balik, jika kita usaha dan memohon doa dr Allah SWT, In Sha Allah segala impian kita akan tercapai atau terkabul tidak kira cepat atau lambat.

Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti” Oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang Berjaya. In Sha Allah semoga kita berjaya dalam kehidupan yang kita pilih. Yang penting yakin, berdoa, usaha dan tawakal.

p/s: Sori Coz lama tak  update blog.. 


LUV : ALIN

No comments:

Post a Comment