Wednesday 31 October 2012

xtvt masa mama diaorg masak

 Nawfal n Insyirah

Ni lah ragam anak2... mama diaorang masak...diaorang main air kat belakang rumah....Alasan nak siram pokok... but after that..... ni hasilnya...






habis dapur..basah!!!! coz diaorang main siram...sembur... pancut... dan mama diaorang terpaksa tutup pintu dapur....n paling best double mandi... (diaorang ni dah mandi k) 

Nasib baik air selangor free untuk awal berapa.... i pun tak tahu.. yang i tahu.. i x bayar bil air coz kurang dari sukatan.... so mmg tak kisah kalo korang main air... hehe..just enjoy masa kanak-kanak korang....

Luv alin@Pina@Lin

Tuesday 30 October 2012

GARAM BULUH OR BAMBOO SALT

Garam Buluh Vs Garam Biasa

Kali ni I nak share produk lain iaitu Garam Buluh atau Bamboo Salt. Garam ni bukannya datang dari pokok buluh tapi berasal dari laut yang diambil dari Pulau YanPing yang terletak di Pantai Barat Korea. Yang menjadikannya panggilan buluh kerana garam ini akan dimasukkan kedalam buluh yang terpilih.Garam ini akan dibakar dengan pokok pine sehingga menjadi serbuk. Proses ini akan menghasilkan ketulan garam. Ia juga akan membuang bahan logam dan kotoran yang dineutralkan. Kandungan buluh dan pokok pine akan bercampur bersama garam yang telah diproses yang menambahkan lagi kandugan organik yang diperlukan oleh badan seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum dan zink.


Mesti orang tanya apa beza Garam Buluh dengan garam biasa?. Garam Buluh ini dihasilkan secara organik manakala garam biasa kebanyakkannya dihasilkan melalui proses kimia yang boleh memudaratkan badan untuk jangkamasa panjang. Kandungan natrium dalam garam biasa adalah tinggi dan tidak elok untuk mereka yang mengidap penyakit darah tinggi. Kandungan mineral dalam Garam Buluh boleh memperbaiki kesihatan badan dan tidak memberi kesan kepada tekanan darah disamping sesuai untuk kanak-kanak.

Antara kebaikan Garam Buluh ini adalah:

    1. Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
    2. Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
    3. Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
    4. Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
    5. Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
    6. Meningkatkan daya pemulihan badan.
Cara pengambilan Garam Buluh ni mudah iaitu dengan mencampurkan dengan miniuman atau dicampurkan dengan masakan. Kita lihat asal garam buluh dan testimoni dibawah anda akan tahu khasiatnya:
 Cara Proses Garam Buluh



Just click untuk view testimoni dari pengguna Garam Buluh



 Dari testimoni yang diberikan diatas anda boleh lihat kebersanan Garam Buluh ini memang untuk menjaga kesihatan. Cukup sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan hidup yang lebih sihat. Bagi anda yang berminat untuk mencuba jangan segan untuk hubungi I pada bila-bila masa. Semoga dapat membantu mengembalikan kesegaran dan kesihatan pada tubuh badan. InsyaAllah.
I offer kat u all.. sesiapa yang nak cuba...dan mesej or Pm or call 3 terawal.. I will give sample garam buluh ni...   so apa lagi.. FREE Maa...
azlin safena 0167982879
 or 
azlin.azihar@gmail.com

Sunday 28 October 2012

Apakah hukum menyusukan bayi lebih dua tahun???

Nawfal masih menyusu????

Nawfal dah 2 tahun 4 bulan.. Masih lagi menyusu.. Susah nak leraikan... Dah letak asam jawa...bila letak,baru tak nak but kadang-kadang dia selamba menyusu gak...Ada gak metal pati sirap... Kononnya darah n I sakit... Haha tapi Sekejap je... Then datang n nak susu gak... Tak sampai hati tengok dia nagis2... N paling teruk buat dia tak tidur sampai pagi... Susu formula??? Ikut mood dia....tapi memang jarang nak susu formula... so, i memang ada niat nak leraikan... x larat coz selalu kena gigit... Buat OF COZ tak sampai hati, kalau tengok dia nagis........masa Insyirah....sekali je letak asam jawa,terus tak nak....

muka penat... hehe

So I tercari2 la dlm internet macamana nak buat kalau anak 2thn tp masih menyusu…bak kata sesetgh org anak tu x bijak la klu menyusu lebih dr 2thn, susu bertukr menjadi darah, anak degillah dan sebagainyer…. Hhhmmmm ..org melayu mmg bnyk pantang larang kan????

Tp kalau ikut rasional dan secara saintifiknyer xde lg bukti2 yg menunjukkan kalau anak kita menyusu lebih 2 thn benda2 tu akan jadi…mungkin ada sebab org2 tertentu tu saja mengadakannyer…sbg cth mungkin anak yg menyusu lebih dr 2 thn tu dikatakan x bijak bukan disebabkn susu tu tp mungkin disebabkan walaupn dah besar asyik berkepit je ngn mak dia (almaklumlah kalau anak menyusu ni biasanyer manja ngn maknyer..hehehe)..tp itu x bermaksud mereka x bijak…kalau ikut kajian susu ibu adalah susu yg terbaik…x mungkin la susu tu leh bertukar jadi darah pulak….mungkin maksud diorg susu tu dah x diperlukan oleh budak yg dah berumur 2 thn sebab diorg dah bule makan benda2 lain dan susu ibu dah x ckp utk menampung keperluan mereka…tp xde la susu tu tkr jd darah bila anak kita minum…x kan la anak kita hisap darah pulak….hehehe


beli deep freezer

antara stok susu  Nawfal


Soalan:
Oleh: Karina:
Salam Ustaz, tempoh penyusuan ibu menurut islam adalah 2 thn utk anaknya jika dia mampu; Soalan saya: Apakah hukumnya jika ibu menyusukan anaknya lebih dari 2 thn? terima kasih ustaz

Jawapan:
Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.

sumber dari: http://bin-sahak.blogspot.com/2009/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html)

Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun? Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

(sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm)

so jgn la ibu2 yg masih menyusukan anak mereka yg > 2thn rasa risau… Actually, susu I masih dikira banyak coz baru-baru ni I bengkak susu... Tak sangka dah 2 tahun lebih masih bengkak... Apakah kerana pemakaian premium beautiful???? Memang Ada feedback Dari penguna PB yang lain,susu mereka makin bertambah... Pada I memang betul.... I sendiri yang alaminya....Kalau I tak pakai long bra, sure i will wear short bra.... I feel in love with short bra... memang selesa... dan banyak kebaikkannya...

 


Kesimpulannya... sudah terjawab apakah hukum menyusukan anak 2 tahun.... dan secara tak langsung... cara menambahkan susu... So, kalo anda berminat nak dapatkan short bra or set premium beautiful, leh contact I...

Azlin Safena 016-7982879 or azlin.azihar@gmail.com

Tuesday 23 October 2012

Motivasi Diri


Motivasi Diri

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.


2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.



3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.



4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.



5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.



6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.


8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.. Boleh cuba PB.. hehe
.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.
16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada tuhan.
  got this motivational video from Hanis fb page...very inspiring...!!





 everything starts with believe
Believe to Achieve






Luv Lin@Pina@Alin

Sunday 21 October 2012

Class B32

  Class Batu Caves(B32) 

Untuk berjaya perlu pengorbanan... Tak kiralah pengorbanan masa, tenaga dan kita perlu buang sikap malu dan banyak alasan. Kalau kelas yang percuma begini pun kita tak mahu hadir bagaimana kita nak berjaya. Ni kelas kat Batu Caves... memang sesak...sampai keluar...



Kenapa kita perlu hadir kelas seperti ini???? Untuk mendapat tunjuk ajar dari mereka yang telah berjaya. Selain itu, kita perlu bekerja secara berkumpulan dan merancang strategi bersama. Kehadiran kita bukan saja mendengar tapi kita boleh berkongsi idea dan membina networking bersama yang lain. Kejayaan memang tidak datang bergolek dan menghadirkan diri bukan menjanjikan apa-apa. Semuanya ditentukan olehNya. Yang penting semangat dan usaha.  Pada I...ini penting untuk meningkatkan keupayaan kita dan juga penonjolan diri kepada umum bahawa kita bersungguh-sungguh dan bukan hanya kata-kata. Kepada yang berminat untuk berjaya, hadirkanlah diri supaya ilmu dan tips yang diberi dapat membantu untuk mencapai apa yang diimpikan.

Kagum tengok ibu ni... Nak berjaya bawa anak ke kelas.... Dengan duduk kat bawah... Tersentuh hati ni...

Kalau nasib baik dapatlah tempat duduk... I pernah duduk kat tangga luar kelas...Just dengar suara je...
Antara best part kelas B32.. Mendengar kata-kata Kak Ana..Aura motivasi kak ana memang Superb... Seorang Millionair yang begitu Hamble... for ur information... ni pukul 1 pagi...teruk muka i.. hehe.. muka penat coz mmg dr opis terus ke kelas...


After kelas.... ada sesi bersama mentor ( mai dan wid) dan biz partner... 




You all nak tahu macam mana nak tambah extra money... Boleh call or email I...
azlin.azihar@gmail.com or 0167982879

Saturday 20 October 2012

HAPPY BIRTHDAY MAK

20 OCTOBER.....

Hari ni besday my mum... dan sekarang mak,bapak dan famili adek kat pulau Sibu...Ada famili day kat sana yang dianjurkan oleh tempat adik I kerja... Plan nak balik JB nak sambut my mum birthday... tapi pasal diaorg dah ada plan lain...So next time lah sambut ye... Rasa tak terbalas jasa yang di taburkan... kalau ada masalah... my mum lah orang yang terawal I cari... sob sob sob... rasa bersyukur kerana mendapat Mak sebaik my mum... Masakan my mum memang TERBAIK!!! Selamat hari Jadi... Semoga panjang Umur... murah rezeki dan sentiasa sihat...

Ni kat Changi Airport Singapore... Masa Ni I baru abis pantang Nawfal.. (Julai 2010)Kitaorang ambil suami sepupu I..

WAJAH TERINDAH
Ni kat area USS, Singapore... We stay kat sana n spent time kat USS..Feb 2011

Mereka memang tak boleh dipisahkan... Kiranya my mum ni macam handbag my father....

Ni Pic raya tahun lepas-2011
Ni masa weeding my cousin...





You all semua kena tengok full version forum perdana ni...Tajuk- Wajah Terindah Ibu- memang bagus... Hargai lah wajah terindah (Ibu) kita... memang mengalir air mata, bila menonton forum perdana ni.... Rasa banyak perlu I lakukan untuk mendapat keberkatan dari ibu... Cuba bayangkan dengan melihat wajah ibu kita, kita dah dapat pahala... berapa besarnya nilai Ibu kita...

Friday 19 October 2012

Very creative

Salam... Bila Tengok pic Ini, Memang lah menarik..very creative and the idea out of box..

Antara yang boleh dikupas.. Mata baby tidak Akan terkena air atau pun Sabun.. Tetapi terpikir.... Baby tidak rimas ke?? Takut Dia Cuba buka... Dan Kalau baby tak nak n baby rasa tidak selesa.. Membazir pulak Kalau Kita beli... Anyway... Memang comel n Tahniah kepada pereka produk Ini...


Thursday 18 October 2012

Fadhilat bulan zulhijah

Fadhilat Bulan Zulhijjah


Pada 17, hari Rabu  kita akan memasuki Bulan Zulhijjah untuk tahun 1433 Hijrah
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.,  Rasulullah bersabda maksudnya;

HARI
KELEBIHANNYA
1 ZULHIJJAH
kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH
doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.
7 ZULHIJJAH
pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH, 
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.
9 ZULHIJJAH
 turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH
 adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
Abil-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Allaitsi berkata;
Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada Nabi Musa bin Imraan alaihissalam "lima doa" untuk dibaca pada hari-hari sepuluh yang dibawa oleh Malaikat Jibril a.s.


Lafaz Doa (Harap dapat dirujuk kepada yang ahli/biasa dengan doa-doa ini.
Makna/Pengertian
1
La ilaha illallahu wahdahu laa syarakalahu,  lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumiitu wahawa hayyun laa yamutu biyadihil khairu wahuwa ala kulli syai'in qodier
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu,  semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.
2
Asyhadu an laa ilaha illallahu wahdahu la syarika lahu,  ilaahan waahidan ahadan shomadan lam yattakhiz sho hibatan walaa waladan
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  Tuhan Yang Tunggal,  Yang Dibutuhkan,  Yang Tidak Berkawan dan Tidak beranak.
3
Asyhadu anlaa ila haillallahu wahdahu laa syariikalahu ahadun shomadun lam yalid walam yakullahu kufuwan ahad.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa,  Satu dan sangat dihajatkan, tiada beranak dan tiada diperanakkan,  dan tiada bandingan sesuatu apa pun.
4
Asyhadu anlaa la haillallahu wahdahu laa syariikalahu mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa hayyun laa yamuu tu biyadihil khoiru wahuwa 'ala kulli syai'in qodier.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak bersekutu,  baginya kerajaan dan pujian,  menghidupkan dan mematikan,  dan Dia Hidup tidak mati,  di TanganNya semua kebaikan,  dan Dia di atas segala sesuatu Maha Berkuasa.
5
Hasbiyallahu wakfa sami'allahu liman da'aa laisa waraa allahi muntahi.
Allah telah menjamin aku,  dan cukup Allah telah Mendengar tiap-tiap siapa yang berdoa,  Tidak ada selain Allah tempat meminta dan berhajat.
Juga tersebut bahawa doa-doa dan kalimah ini diturunkan di dalam Injil,  dan orang-orang Hawariyyun menanyakan fadhilah kalimah-kalimah ini kepada Nabi Isa a.s.;  maka diterangkan kepada mereka fadhilah dan pahalanya yang tidak dapat dihitung oleh orang yang membacanya pada hari-hari sepuluh(dari 1 hingga 10 Zulhijjah).
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
Amalan Di Bulan Zulhijjah
HARI
AMALAN
1 hingga 9 Zulhijjah
Sunat berpuasa
8 Zulhijjah
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, 
·  Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
·  Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
·  Solat sunat qabliyah asar
·  Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
·  Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
·  Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
·  Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
·  Solat sunat tasbih
·  Solat sunat hajat
·  Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
10 Zulhijjah
Hari Raya Haji/Korban
Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
 Melakukan korban
 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
29 atau 30 Zulhijjah
Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.
Wallahu A'lam


Selamat Beramal....

Luv Lin@Pina@Alin

Saturday 13 October 2012

Alasan Tak Nak Ceburi Bisnes!!!

Alasan Tak Nak Ceburi Bisnes!!!

Seriously, kalau letak alasan memang banyak sangat alasan untuk tak buat and tak bermula dan tak cuba.....

-1-
Tak pandai business
Family I memang ada business tapi kecil-kecilan je..I just tolong cikit-cikitKedai my famili kat KOMTAR JB.. sekarang under renovation....But tak semestinya I pandai berbusiness....
BUT I BELIEVE...
“business bukan skill semulajadi tapi sesuatu yang kita
boleh pelajari”
So i take challange to learn and try....letakkan ego ketepi and learn learn....learn...we do mistakes but yang best nya business ni business yang ada mentor yang nak guide dan pandu arah tuju kita untuk berjaya....mentor yang tunjuk kat kita apa yang betul dan salah. From A-Z u’ll be guided...!!

-2-
Tak ada maid, anak kecil
Tak pandai business ok lagi sebab ada orang nak ajar, tapi perkara yang merisaukan I is my children. Maid takde, siapa nak jaga anak kalau nak buat business. 
Kalau I pikir pasal Tak ada maid dan nak I kecil, sampai bila I tak berbisnes......komitment makin bertambah...income lebih kurang je.....yang penting u perlu ada kerjasama dengan husband u..thats all.
Actually time anak kecil ni la senang nak buat business sebab dia tak pandai keluar cari kawan...bayang kan anak umur belasan tahun baru kita busy nak keluar buat business...anak dah pandai keluar cari kawan.

-3-

Takde masa
I kerja as Banker yang deal direct dengan customer and also my position kat branch...Seriusly... I tak ada masa... selalu lunch lambat (kalau lunch pun tak sampai 1 jam) and worst part... tak lunch langsung...Memang rasa jugak mula2 boleh ke sebab takut takde masa. Tanpa kita sedar sebenar nya ramai yang bukan takde masa...tapi ramai yang buang masa. Ada je masa tengok tv...ada je masa window shopping....
Business ni bukan menuntut 24 hrs sampai tak balik rumah, we can plan our appointments due to your free time..!!
“kerja yang kita buat secara part time/pada masa lapang tapi hasil sama atau lebih dari gaji hakiki kita”


-4-
Tak pandai bergaul
Just do it...bila dah buat baru pandai, this is your learning process...because there is someone beside u to teach u everything in this business. Buka hati and minda sahaja untuk di bimbing.


-5-
Suami Tak bagi
Ni alasan paling glamour..!! most of husband rasa bila nak buat business ni semua mengarut. ...BUT for me itu bukan alasan, just do it and prove to them that u can do it. Just remember that orang yang nak ajar kita buat business is pemimpin yang dah terbukti berjaya sedangkan kita minta pendapat orang yang x buat business and x tau apa2 sangat pun tentang business sbb dia tak buat...
so think about it..!!

-6-
Tak pandai blogging/takde fans
Honestly... I ni memang tak reti langsung.. Bila dah berbisnes baru belajar buat blog... Di kalangan kawan-kawan baik I, cakap I ni buta IT..Coz I memang teruk dengan dunia IT ni... 
BUT U can always learn...!!!
The guidace...the class is always there
“practice makes perfect”

-7-
Tak pandai drive dalam KL /Selangor
Honestly i memang dah duduk KL 8 tahun.. tapi tak pandai jalan kat kl...sometimes ada sampai nangis2 cari jalan tak jumpa...but now dah ada gps, google map and macam2 lagi. So no excuse..!! be brave...

-8-
Tak pandai cakap
mula dulu I ingat nak buat business ni kene pandai cakap macam ala2 debater and lawyer tu, tapi rupa2 nya takde pun...just cakap apa yang kita tau and experience kita...and leaders sentiasa ada untuk bantu kita and pandaikan kita

-9-
Takut
takut nak start is normal..!! kalau orang tu tak takut...dia tak normal...tapi jangan sampai takut menguasai diri kita sampai tak boleh nak mengubah hidup....

-10-11-12-......

ini alasan-alasan yang bermain dalam fikiran masa mula2 nak consider nak buat business but Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk "mencuba"
 all u need to do is....

My mentor Maisarah yang always and forever beri Guide A-Z..Even pakar motivasi... Very hamble, nice person...

Percaya dan yakin dengan diri sendiri and dengan mentor kita, ubah sikap...tak putus asa and sanggup belajar from time to time...Antara tip-tip nak berjaya...



so....jom kita letak semua alasan kat tepi atau campak jauh2 dalam longkang....change and start believe that u also can do it..!! 


Rich people focus on opportunity...poor people focus on OBSTACLES. 

Feel free contact I
Azlin Safena Azihar
016-7982879
azlin.azihar@gmail.com