Saturday 15 September 2012

Cara potong Kuku ikut SUNNAH

Salam..

Masa I kecil-kecil teringat arwah opah I pernah tegur Cara I potong Kuku... Arwah ajar cara betul potong Kuku ikut sunnah..

Arwah meninggal tahun 1997.. Masa tu I tengah buat matrix kat Universiti Utara Malaysia(UUM).. I tak sempat balik Kuala Lumpur.. Coz Tahu lambat.. Maklum lah zaman tu mana Ada handphone... Opah I memang duduk Kuala Lumpur... Opah I ni, anak Jepun yang ditinggalkan masa zaman perang dulu-dulu...

Tapi before I daftar UUM Memang dah terdetik dalam hati.. Maybe ni Kali terakhir I jumpa opah.. Coz masa tu Memang opah dah tak sihat...miss u opah.. Al-fatihah..

Semoga Kita amalkan... Selamat beramal... 

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Semoga Kita amalkan... Selamat beramal... 

2 comments: