Monday 24 September 2012

ALL ABOUT DAUN TURI

DAUN TURI 


Hasil tanaman belakang rumah... Dah besar dan tinggi pokok turi ni... So terpaksa potong coz tak nak lah masuk kat rumah jiran... I tanam 2 pokok turi... Dua-dua dah besar... Tak susah tanam pokok ni, just ambil batang pokok ni dan terus cucuk.. memang senang!!!




Hasil daun turi yang nak di sederkah kat jiran or kawan-kawan...


I saja je nak search pasal daun turi ini... Ni I ambil petikan dari Agromedia Bil. 6, 1999-Jabatan pertanian manjung perak.. But I dah edit sikit-sikit coz I tahu U all tak larat nak baca panjang...

Pokok turi, nama saintifiknya Sesbania grandiflora sememangnya tumbuhan semula jadi di Malaysia, Indonesia, Filipina dan India. Ia tahan keadaan kemarau, tanah tidak subur atau bermasalah dan kawasan air bertakung. Lazimnya ia ditanam sebagai sayuran atau sebagai tanaman hiasan. Ada dua jenis pokok turi yang dapat dibezakan melalui warna bunganya. Satu jenis bunganya berwarna putih, yang satu lagi bunganya samar kemerah-merahan. Pokok ini hidup subur di kawasan persekitaran kampung, di tepi-tepi jalan dan di batas padi.

Sejak dulu lagi (entah berapa lama) pokok turi ini diberikan status sebagai tanaman makanan untuk orang miskin. Orang kampung tak berkira sangat, nak beli sayuran mahal kurang mampu. Jadi apa yang ada di persekitaran asalkan halal dan boleh dimakan tanpa mendatangkan apa-apa kemudaratan, makan sahaja.

Pokok turi ini sebenarnya pokok serbaguna yang mempunyai banyak kelebihan. Dari akar hinggalah ke pucuk, semuanya boleh dimanfaatkan. Ia digolongkan dalam keluarga kekacang. Pada akarnya terdapat bintil-bintil besar yang dapat mengikat nitrogen di udara dan dikatakan dapat meningkatkan mutu tanah.

Pokok turi boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m. Batang utamanya tumbuh menegak berbentuk selinder. Keratan rentas batang ini boleh mencapai sehingga 25 cm

Batangnya dari jenis kayu putih yang lembut. Ia boleh digunakan sebagai bahan akar atau diproses untuk dijadikan kertas. Kulit batang berwarna kelabu cerah beralur-alur dan tidak begitu elok. Daunnya dari jenis pinat 15-30 cm panjang, dengan 16-30 pasang anak duan. Tangkai bunga sepanjang 2.5 cm dengan 2-4 kuntum bunga. Bentuk bunganya seperti kupu-kupu. Ia merupakan bunga terbesar dalam keluarga tumbuhan kekacang. Kelopaknya sepanjang 7-9 cm.

Kalau dari segi masakan.... 

* I selalu buat ulam atau masak lemak... Kalau kita nak masak ulam..bukan main rebus je... Pastikan air didih betul then baru letak pucuk daun turi... rendam sekejap je... Kerana kalau lama habis semua khasiat ulam... dan lagi sedap...Rasa dia kan pahit2 lemak dan ada sedikit manis...kalau orang tak biasa mungkin tak reti makan.....


* Masak Lemak....
Sori pic ambil katWeb Mat Gebu dan resepinya sekali






BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekek daun turi yang muda
1 biji labu / keledek  saiz sederhana
5 tangkai kacang panjang
800 ml santan cair
250 ml pati santan
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, titik
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa (kalau nak guna serbuk perasa pun ok)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Asingkan daun dari tangkainya, cuci dan toskan, keledek dikupas dan potong berbaji, rendam, kacang panjang dipatah2 kan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan santan cair, keledek labu (toskan), hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk. Kacau dan masak hingga keledek / labu 3/4 empuk. Masukkan daun turi tadi, ramas sedikit daun sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Jika kurang kuah tambah sedikit air.
  3. Bila mendidih, masukkan kacang panjang dan tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan, ikan masin/ikan goreng...
  kacang hijau (tapi yang kacang hijau ni, kalau orang kalah, takut sakit perut...bahayaaa!!!)

 * Masak Urap Daun Turi... 
(I x pernah cuba)....

Orang2 kampung terutama orang jawa, suka makan urap2 macam ni, ada banyak jenis urap di Malaysia ni, yang ni buat urap daun turi, ada setengah2 negeri panggil daun turi ni daun "geti"



 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak daun turi (biar yang muda sedikit), diasingkan dari tangkai, cuci dan toskan
1 cawan padat, kelapa parut putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan*
4 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci isi cekur*
1/2 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*(*ditumbuk hancur)
Garam dan gula seculup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul kelapa parut putih tadi bersama bahan tumbuk halus. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok saja), kemudian masukkan daun turi yang telah ditoskan. Gaul hingga rata.
  2. Panaskan kuali, masukkan urap tadi dan masak sekejap hingga daun turi lembut. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat. Kalau nak pedas boleh tambah cili padi dalam bahan tumbuk halus tadi....

Tapi di sebalik masakan.. Rupanya banyak khasiatnya; antaranya

1-dapat mengobati sakit kepala. caranya ambil daun turi seperlunya lalu ditumbuk hingga halus. setelah lembut campur dengan cuka sedikit. lalu tempelkan pada dahi. insya allah rasa pusing pada kepala dapat hilang.

2-Tumbuk hingga halus daun Turi, letakkan kat rambut... Insya Allah rambut kelihatan bersinar

3-Selain itu,hasil tumbuk daun turi  hingga halus dan diletakkan kat buah dada wanita... akan cantik gitu... hehe...

4-Cairan daun dan batangnya sering digunakan sebagai obat kumur pembersih mulut dan kerongkongan.

5-Getahnya, dalam bentuk tepung atau perasan, bersifat astrigen. Getah tersebut mengandung beberapa zat pewarna seperti agatin, basorin, dan zantoagatin

6-Di India, turi dianggap sangat berkhasiat. Semua bagian pohonnya dapat digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit buta senja karena mengandung banyak vitamin A.

7-Daun turi oleh penduduk Pulau Karimunjawa, Jawa Tengah, biasa digunakan sebagai bahan pewatna tradisional.

8- Daun turi juga dimanfaatkan untuk menyembuhkan keputihan, sakit tenggorokan, kuku jari bengkak, batuk, dan mengatasi hidung berlendir atau sakit kepala.

9-Untuk meredakan demam nifas, daun turi ditumbuk, lalu air perasannya diminum. Bagian akarnya dimanfaatkan untuk batuk berdahak dan pegal linu.

 Seriusly,  I tak sangka banyak kebaikan daun TURI ini.. Bila search agak terperanjat... Semua info diatas, kita manfaatkan...

Love.... alin@Pina @Lin

4 comments:

  1. dulu dpn rumah mak aku kt skudai pn ada..masak lemaklah fav aku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo Kat umah Dah x Ada Sayur nak masak.. Aku Putik je.. So Sayur emergency.. N of coz masak Lemak!!

      Delete
  2. info yang menarik.. baru tau :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. I pun baru tahu info ni.. Kita sama2 menimba ilmu gitu.. Hehe

      Delete