Wednesday 30 January 2013

Renew Passport - Hari Sabtu dan Ahad

Passport Alin dan Insyirah expired 18/1/13 
dan Alin nak guna 1/2/13.
Memang wajid renew secepat mungkin. 
Bangun pagi Sabtu terus teringat PASSPORT!!! 
Alin terus search, alhamdulilah buka Sabtu dan Ahad... 
Tapi macam dah lambat... 
Tak apa pergi dulu ambil gambar dan borang lah... 
Kalau ada rezeki terus buat...

Memang bukan rezeki kitaorang.. 
Just ambil gambar dan ambil borang dulu..

Ini senarai waktu operasi untuk rujukan.

* Hanya untuk urusan pemprosesan Pasport Malaysia Antarabangsa
JABATAN IMIGRESEN NEGERI/CAWANGAN
WAKTU OPERASI
Jabatan Imigresen Selangor, Shah Alam.
Jabatan Imigresen P.Pinang, Seberang Jaya.
Jabatan Imigresen Perak, Ipoh.
Jabatan Imigresen Johor, Johor Bahru.
Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Seremban.
Jabatan Imigresen Melaka, Ayer Keroh.
Jabatan Imigresen Sarawak, Kuching.
Jabatan Imigresen Sabah, Kota Kinabalu
8.00 pagi -1.00 petang
( Sabtu & Ahad)
Pejabat Imigresen Pekan Rabu, Johor.
Pejabat Imigresen Miri, Sarawak.
Pejabat Imigresen Presint 15, Putrajaya.
Pejabat Imigresen Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Pejabat Imigresen Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang, Selangor.
Pejabat Imigresen Kelana Jaya, Plaza Glomac
Pejabat Imigresen Kajang, Selangor
8.00 pagi -1.00 petang
( Sabtu & Ahad)
Nota:
Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa bagi warga Sabah dan Sarawak di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia bagi kategori di bawah tidak diproses pada hari Sabtu dan Ahad kerana perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Imigresen Negeri Sabah dan Sarawak untuk keputusan.
-     - Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (kali pertama)
-     - Pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa yang telah tamat tempoh melebihi 5 tahun
Walau bagaimanapun, permohonan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa yang telah tamat tempoh kurang dari 5 tahun akan diproses pada hari Sabtu dan Ahad.


Ini passport insyirah masa Insyirah 4 bulan.Plan nak pergi Bangkok under office trip tapi Alin cancel coz Insyirah kecil lagi. Kitaorang pergi Kota Singa.


Alang-alang itu, Alin cerita lah cara proses.

Passport baru ni cam lawa sikit la. Bila renew passport baru, passport lama akan digunting seperti gambar kanan 


Cara buat passport Malaysia Antarabangsa
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 
  • Mykad**
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja) 
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  


Cara renew (perbaharui) passport Malaysia Antarabangsa 

[Sebab renew: Passport tamat tempoh, Urusan visa baru yang memerlukan tempoh sah passport lebih daripada 6 bulan, Passport kehabisan mukasurat.]

Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 

  • Mykad** 
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja)
  • Bawa passport lama (Penting - Passport akan dibatalkan)
  • Gambar berukuran passport (2 keping background biru. PENTING: Gambar ini seharusnya berbeza dari gambar passport lama. Dengan erti kata lain, jangan recycle gambar passport yang digunakan dalam passport sebelumnya. Pergi ke kedai dan ambil gambar baru)
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang)
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  



Duit!!!!

Sebelum ini, harga passport ditentutkan dengan bilangan muka surat (32 m/s atau 64 m/s). Tetapi kini, passport dibezakan harga dengan tempoh tahun (seperti tertera di bawah) dengan bilangan 48m/s passport.
Bayaran untuk passport adalah seperti berikut;
  • RM 100 - untuk 2 tahun
  • RM 300 - untuk 5 tahun 

(kanak-kanak separuh harga)


 Dalam proses passport Insyirah dan Alin... Bagus pantas gitu.


 Then bayar, Alin ambil 5 tahun coz malas nak renew banyak kali. Lagi pun kalau pergi separuh negara kena passport lebih 6 bulan dari expired date.


Selepas selesai semua urusan borang dan bayaran, passport akan diproses dan akan siap selepas 1-2 jam berikutnya. 
Kitaorang sarapan dulu sementara siap. 
Tuan punya passport wajib datang untuk mengutip passport yang siap,

kerana wakil/kawan/sanak sedara tidak

dibenarkan untuk mengambil passport.


muka merajuk!!!



Then Insyirah nak air Tropicana but mesin ini rosak. 
Habis duit Alin RM 2.00 Selamat ditelan.











Lastly.... mama Insyirah



Info tambahan: Bagi sesiapa yang membantu warga emas untuk pembuatan passport, sila maklumkan kepada kaunter angka giliran. Selepas mengambil nombor, pegawai akan menunjukkan kaunter khas untuk warga emas, tanpa menunggu giliran.

 Luv : ALIN

7 comments:

  1. Bagusnya anty alin ni..very informative sungguh skrg belog ini..hihi..mana pergi tu.....hihi

    ReplyDelete
  2. share info je...aku nak pi phuket... huhu

    ReplyDelete
  3. thanks for the info dear, I mmg tgh cari place to renew passport on saturday/sunday!! :)

    ReplyDelete
  4. info yg berguna....tq. tp sy warga sabah buat pasport kat putrajaya tak siap2 lagi dah 6hari....whaaaa ben lah tiket flight aku nak gi bali.....

    ReplyDelete
  5. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorang siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gtalk dengan whatsapp dan viber.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih berkongsi info Dan maklumat Serra perinciannya walaupun nampak sempoi tapi cukup membantu

    ReplyDelete
  7. Terima kasih byk2 la...klu x mmg xtau ape proses nye...
    Info ringkas & padat
    Sy bg 5 bintang :)

    ReplyDelete